SEJARAH
Lari
berpagar atau dahulunya dikenali sebagai lompat pagar dipercayai bermula di
Great Britain pada abad ke-19 iaitu di sebuah sekolah di bandar Eton, berhampiran
Kota London ( Olahraga Balapan, 1996 ).Acara
lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukanlah satu acara lompatan. Lari berpagar merangkumi 4
fasa iaitu fasa permulaan, fasa lonjakan, fasa mendarat dan fasa penamat.
Dalam
acara ini terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dipelajari dan
dipraktikkan sebelum memulakan acara larian berpagar ini. REKOD-REKOD
ACARA LARI BERPAGAR :SUKMA
2008Dalam
acara 110m lari berpagar, satu rekod baru telah dibuat oleh pelari Sabah,
Rayzam Syah Wan Sofian apabila beliau berjaya mencatat 14.10s untuk mengekalkan
pingat emas yang dimenanginya 2 tahun lalu di Kedah. Larian bertenaga pelari
berusia 20 tahun ini meletakkan beliau dihadapan meninggalkan pelari dari
Terengganu, Mohd Muslim Sidek dengan catatan 14.79s dan pelari dari Johor, Mohd
Rohaizad Jamil dengan catatan 14.90s.SUKAN
UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)Atlet
lari berpagar terkemuka negara Mohd Robani Hassan memperbaharui rekod Sukan
Universiti Asean 2008 (SUA 2008) dalam acara 110m lari berpagar untuk memenangi
pingat emas dalam edisi ke-14 temasya itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil .Robani,
25, mencatatkan 14.07s bagi memadamkan catatan 14.08s yang dilakukan di Hanoi
dua tahun lepas.Pingat perak menjadi milik Abdul Hakeem Abdul Halim dari
Indonesia (14.45s) manakala gangsa pula dimenangi Suriya Judsri dari Thailand
(14.55s)."Sebenarnya,
saya mampu untuk berlari di bawah 14s. Bagaimanapun, saya tidak cukup cergas
untuk melakukannya," kata Robani, sambil menambah masa terbaiknya ialah
13.85s yang dilakukannya pada Terbuka Malaysia Julai lepas sebelum Olimpik
Beijing.SUKAN
SEA KORAT, THAILAND 2008Olahraga
terus menjadi antara penyumbang utama pingat pada Sukan SEA ke-24 di sini
apabila meraih dua lagi emas di samping satu rekod baru dalam acara 110 meter
lari berpagar pada hari keempat saingan di Stadium Utama Keputeraan Raja Thai
Ke-80 semalam.Emas
terbaru itu diraih Rayzamshah Wan Sofian dalam acara 110 meter lari berpagar
lelaki.Kejayaan Rayzamshah, 19, paling bergaya semalam kerana selain berjaya
meraih emas pada penyertaan pertamanya, anak kelahiran Keningau, Sabah ini
turut mencipta rekod baru Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat.Di
samping itu, catatan masanya semalam adalah kali pertama berjaya dilakukannya
di bawah 14 saat. Rekod lama acara ini iaitu 13.92s dipegang atlet Thailand,
Suplan Wongshriphuck yang turut beraksi semalam tetapi terpaksa berpuas hati di
tempat kedua manakala seorang lagi atlet negara, Muhd Faiz Muhammad ketiga.
Dengan kejayaan Rayzam Shah itu, Malaysia turut berjaya mengekalkan mahkota
acara itu yang dimenangi Mohd Robani Hassan di Filipina, dua tahun lalu. Namun
hasrat sama yang mahu dilakukan atlet 100 meter lari berpagar wanita, Moh Siew
Wei, 29, tidak kesampaian apabila sekadar meraih perak sekali gus gagal
mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu. SUKAN
ASIA DOHAIni
merupakan pingat kedua olahraga di Doha selepas Noraseela Khalid menghadiahkan
pingat gangsa dalam 400m lari berpagar wanita.Namun
begitu, hasrat Robani Hassan untuk memberi cabaran terbaik kepada juara Olimpik
dan pemegang rekod dunia, Liu Xiang dari China berakhir dengan dia menduduki
tempat terakhir di final 110m lari berpagar selepas mencatat 14.04s. Liu
seperti dijangka meraih emas dengan 13.15s.OLIMPIK
BEIJING 2008Atlet
wanita AS, Dawn Harper menjuarai acara 100 meter lari berpagar ketika kategori
lelaki begitu merasai kehilangan Lui Xiang yang menarik diri akibat cedera.
Acara separuh akhir 110 meter lari berpagar lelaki muda dikuasai atlet Cuba
yang juga pemegang rekod dunia, Dayron Robles. JENIS-JENIS
ACARA OLAHRAGA
Acara dan Kategori
|
Ketinggian Pagar
|
110 M ( Lelaki)
|
1.067 M (3 kaki 6 inci)
|
100 M (Perempuan)
|
0.84 M (2 kaki 9 inci)
|
200 M (Lelaki)
|
0.762 M (2kaki 6 inci)
|
400 M (Lelaki )
|
0.914 M (3 kaki)
|
400 M (Perempuan)
|
0.762 M (2 kaki 6 inci)
|
HARAP TERIMA SEGALA KESULITAN DISINI
ReplyDelete